7 Kebaikan dan Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Hamil

Minyak kelapa dara merupakan antara minyak yang mempunyai banyak khasiatnya dan digunakan secara turun-temurun daripada zaman nenek moyang kita lagi. Malangnya, pada hari ini, tidak ramai yang masih beramal dengan minyak ini. Malah, ada juga yang tidak tahu apa itu minyak kelapa dara serta khasiatnya.

Hal ini kerana ramai yang menganggap minyak kelapa dara sudah lapuk dan ada juga yang meragui keberkesanannya walhal khasiat serta kebaikan minyak ini sudah pun terbukti melalui penggunaannya oleh generasi-generasi terdahulu.

Terlalu banyak sebenarnya khasiat minyak kelapa dara ini terutama sekali kepada wanita-wanita yang sedang hamil. Oleh itu, tidak hairanlah jika suatu masa dahulu para suami akan berpusu-pusu memetik buah kelapa untuk membuat minyak kelapa dara ketika isteri mereka hamil.

Namun, realiti pada hari ini berbeza sama sekali. Masyarakat lebih mempercayai pil-pil yang boleh mereka dapati di farmasi-farmasi untuk dijadikan supplement atau makanan tambahan bagi wanita-wanita yang sedang hamil walaupun pil-pil tersebut masih belum terbukti keberkesanannya.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 7 Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Wanita Hamil. Bukti daripada kajian saintifik akan turut disertakan sebagai bukti khasiat dan kebaikan minyak ini.hamil

APAKAH ITU MINYAK KELAPA DARA?

Sebelum mengetahui lebih lanjut tentang kebaikan-kebaikan minyak kelapa dara, ada baiknya jika anda ketahui terlebih dahulu apakah itu minyak kelapa dara kerana ramai antara generasi hari ini tidak tahu dan tidak pernah melihat minyak ini.

Minyak kelapa dara turut digelar sebagai Virgin Coconut Oil dalam Bahasa Inggeris. Minyak ini sebenarnya bukanlah ubat tetapi lebih kepada supplement yang baik untuk dijadikan makanan tambahan oleh wanita yang sedang hamil.

Minyak ini dihasilkan daripada kelapa segar yang diproses untuk dijadikan minyak dan tidak sama sekali dicampurkan dengan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

ADAKAH TERDAPAT KESAN SAMPINGAN DARIPADA PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA?

Ramai yang bertanya tentang kesan sampingan daripada penggunaan minyak ini oleh wanita-wanita yang sedang hamil. Jangan bimbang! Oleh kerana minyak ini dibuat daripada bahan asli dan tiada campuran bahan-bahan kimia yang berbahaya, maka minyak kelapa dara diyakini selamat dan tidak ada kesan sampingan terhadap penggunanya.

7 KEBAIKAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU MENGANDUNG

Berikut dikongsikan 7 kebaikan yang bakal diperoleh oleh wanita yang sedang hamil jika menggunakan minyak ini.

1.) Menambahkan Tenaga Fizikal

Berdasarkan kajian saintifik, masalah yang sering dihadapi oleh wanita-wanita hamil adalah kekurangan tenaga fizikal. Hasil daripada kekurangan tenaga fizikal ini maka mereka akan berasa cepat letih.

Ini berpunca daripada pelbagai sebab dan salah satunya adalah kurangnya selera makan semasa hamil. Oleh kerana kurang makan, maka tenaga yang diperoleh badan juga sedikit menyebabkan wanita yang sedang hamil tersebut sentiasa keletihan.

Selain itu, minyak ini juga mampu meningkatkan metabolisme badan. Peningkatan metabolisme ini akan meningkatkan selera makan wanita hamil tersebut. Hal ini akan memberikannya tenaga fizikal yang cukup kerana pemakanannya yang mencukupi.

2.) Menghalang Kandungan Daripada Dijangkiti Penyakit

Antara perkara yang menjadi ketakutan buat para wanita hamil adalah kandungan mereka berisiko menghidap penyakit. Oleh itu, pelbagai ikhtiar dilakukan untuk memastikan kandungan tidak menghadapi masalah ini. Salah satu ikhtiar yang boleh anda lakukan adalah mengamalkan minyak kelapa dara.

Minyak kelapa dara muda mengandungi omega 3 yang boleh membantu menghalang kandungan daripada diserang penyakit seperti demam kuning, kelahiran tidak matang, autisme, hyperaktif dan lain-lain.

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan omega 3 dalam badan wanita yang hamil bakal menjejaskan kandungannya terutama sekali kepada sistem imuniti kandungan tersebut. Bukan itu sahaja, kekurangan omega 3 juga akan merencatkan perkembangan intelektual kandungan.

3.) Kandungan Vitamin E Yang Tinggi

Wanita hamil yang mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara akan memperoleh Vitamin E secukupnya yang diperlukan oleh badan. Vitamin E sangat penting kerana merupakan antioksidan yang kuat serta nutrien yang boleh melindungi lemak daripada radikal bebas.

Malah, vitamin E juga boleh melindungi perkembangan organ-organ bayi dalam kandungan seperti jantung, buah pinggang dan hati daripada masalah seperti pertumbuhan pra-matang dan sebagainya.

4.) Mengurangkan Rasa Sakit Semasa Hamil

Rasa sakit semasa kehamilan juga dapat dikurangkan dengan cara mengamalkan makan minyak kelapa dara. Hal ini kerana dalam minyak ini terdapat sebatian yang bernama oleocanthal. Sebatian ini mempunyai sifat anti-radang yang berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit anda semasa hamil.

5.) Mengandungi Asid Oleik Yang Tinggi

Setiap wanita hamil memerlukan kandungan asid oleik yang tinggi dalam badan. Hal ini kerana asid jenis ini dapat mengawal kolestrol dalam badan serta mengelakkan penyakit jantung dan trombosis arteri. Kebaikan lain asid ini adalah seperti berikut:

  • Dapat meningkatkan fungsi perut dan pankreas.
  • Baik untuk peredaran darah.
  • Mengurangkan risiko arteriosklerosis.
  • Meransang pertumbuhan.
  • Memudahkan penyerapan kalsium.
  • Merangsang sistem imun.

6.) Memudahkan Proses Bersalin

Minyak kelapa muda membantu dalam melembutkan serviks sebelum berlakunya kontraksi semasa bersalin. Apabila serviks dilembutkan, keanjalan akan bertambah sekaligus bakal memudahkan proses “pushing” semasa bersalin.

Minyak kelapa juga berperanan sebagai pelincir untuk memudahkan proses pengeluaran bayi semasa bersalin. Perkara ini juga dapat mengurangkan risiko koyakan terhadap wanita bersalin tersebut.

7.) Perkembangan “Postnatal” Bayi Yang Baik

Postnatal bermaksud selepas kelahiran. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat sebelum ini, ibu-ibu yang mengamalkan minyak kelapa dara semasa hamil melahirkan bayi yang baik dan sempurna daripada segi berat badan, tingkah laku, perkembangan psikomotor dan lain-lain. Hal ini adalah kerana segala nutrien yang diperlukan bayi semasa dalam kandungan telah diperolehi melalui minyak kelapa dara yang dimakan oleh si ibu.

Begitulah segala kebaikan serta khasiat minyak kelapa dara. Tidak dapat dinafikan bahawa minyak ini sangat memberi manfaat kepada para wanita yang sedang hamil. Oleh itu, ibu hamil sangatlah digalakkan untuk mengamalkan pemakanan minyak kelapa dara ini.

Oleh: Azrizam Mansor

  • Add Your Comment