Makanan Tambahan dan Vitamin Terbaik Untuk Ibu Mengandung

Ibu mengandung pastinya akan mengambil berat soal makanan kerana ia akan memberi kesan secara langsung pada perkembangan bayi. Pada hari ini, terdapat banyak produk yang ada di pasaran, sesetengah boleh membantu perkembangan bayi dan sebahagian lagi boleh mendatangkan mudarat kepada kandungan.

Artikel kali ini akan membincangkan beberapa makanan tambahan dan vitamin yang sesuai buat ibu mengandung. Secara asasnya, ibu yang mengandungkan disarankan untuk mengamalkan permakanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan bayi. Malangnya, ada ibu mengandung yang tidak dapat mengamalkan diet seimbang akibat alahan, rasa mual atau loya.

Oleh itu makanan tambahan diperlukan untuk membantu kesihatan bayi. Di antara makanan tambahan yang akan membantu perkembangan bayi adalah;

Asid Folik

Asid Folik merupakan asid yang dapat membantu mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (Kecacatan tiub neural). Kecacatan ini berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak. Pengambilan asid folik perlu mengikut sukatan yang disarankan pakar, iaitu 400mcg perlu diambil setiap hari sehingga sekurang-kurangnya 12 minggu pertama kehamilan.

Dalam kes-kes tertentu, doktor akan meningkatkan dos asid folik atas sebab-sebab tertentu seperti;

  • Ibu hamil yang pernah mengalami masalah bayi dengan kecacatan tiub neural dalam kehamilan terdahulu.
  • Ibu hamil yang sedang mengambil sebarang ubat anti-epileptik.
  • Ibu hamil yang menghidapi penyakit kencing manis.Ibu Mengandung

VCO capsul – virgin coconut oil – kapsul minyak kelapa dara

Bagi yang belum mengetahu minyak kelapa dara atau disebut VCO ini, ia adalah minyak yang dikeluarkan dari kelapa yang sudah cukup matang. Proses ekstrak mimyak dari kelapa tersebut menggunakan kaedah yang tidak mengurangkan khasiat semulajadi yang ada pada kelapa. VCO dipercayai mampu untuk memudahkan proses kelahiran dan akan memberikan tenaga ketika proses bersalin. Pengambilan VCO juga akan membantu bayi dilahirkan dalam keadaan lebih sihat dan bersih.

Setelah bersalin pula, khasiat VCO akan membantu penghasilan susu badan yang lebih banyak dan berkualiti.

Kurma

Kurma selalunya popular ketika bulan Ramadan. Namun ramai yang tidak tahu makanan sunnah ini memberi manfaat yang berguna pada ibu mengandung. Khasiat kurma mampu untuk membantu proses bersalin ibu mengandung. Terdapat kajian yang mengatakan pengambilan 6 biji kurma setiap hari dalam tempoh 2 minggu sebelum bersalinkan akan memudahkan proses melahirkan.

Kesimpulan

Makanan tambahan sememangnya penting untuk memastikan kelahiran anak yang sihat dan sempurna. Oleh itu, ibu mengandung dinasihatkan mengambil makanan tambahan yang betul dan diakui keberkesanannya.

Oleh: Rahman Imuda

  • Add Your Comment