Khasiat dan Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Lelaki

Umum mengetahui minyak kelapa telah digunakan untuk tujuan kesihatan mahupun kecantikan sejak turun temurun dari nenek moyang kita, malah sudah terbukti dengan kajian saintifik mengenai khasiat semulajadinya dan manfaatnya terhadap dalaman mahupun luaran tubuh badan.

Selain wanita dan kanak-kanak mahupun bayi, tahukah anda bahawa minyak kelapa dara juga sangat berkhasiat dan bermanfaat kepada kaum lelaki?

Menarik kan.? Tapi sebelum mengupas lebih lanjut mengenai khasiat minyak kelapa dara kepada lelaki, kita kenali dahulu sedikit sebanyak mengenai minyak kelapa dara ini.

Minyak kelapa dara (Virgin Coconut Oil -VCO). Kenapa dara? Adakah ianya dibuat dari kelapa yang muda.? Tidak. Minyak kelapa dara dihasilkan dari kelapa tua yang bagus dan dipilih seelok-eloknya untuk menghasilkan minyak yang bermutu dan berkualiti tinggi.

Isi ini kemudiannya diparut dengan baik dan dimasukkan kedalam mesin tekanan untuk mendapatkan cecair yang pekat. Cecair ini seterusnya melalui beberapa proses penapisan sehingga terhasilnya cecair yang begitu jernih dan juga putih. Malah menghasilkan bau yang enak dan unik. Cecair inilah merupakan Minyak Kelapa Dara.

Menghasilkan minyak kelapa dara sememangnya tidak melibatkan proses pemanasan mahupun campuran bahan-bahan kimia. Ianya dihasilkan dengan mengekalkan zat-zat asal yang terkandung didalamnya tanpa merosakkan kebaikkan khasiatnya. Disebabkan itulah ‘dara’nya masih dikekalkan. Dan dari situlah namanya diambil “Minyak Kelapa Dara”.

Khasiat Minyak Kelapa Dara memang tidak dapat disangkal lagi. Malah semakin banyak produk-produk yang berasaskannya. Kaum lelaki juga tidak terlepas dari manfaat dan khasiat minyak ini.

lelaki

1. Melindungi kulit.
VCO bertindak sebagai pelindung dari bahaya sinaran ultra violet (UV) yang berbahaya dan penghalang infeksi kuman membantu kulit dari jangkitan kulit. Keanjalan dan kelembutan kulit semakin bagus dimana ianya mempercepatkan pembentukan sel kulit yang baharu.

2. Sumber tenaga dan kesihatan dalaman.
Bagi lelaki yang aktif bersukan mahupun melakukan kerja yang berat, VCO boleh dijadikan sumber tenaga tambahan dengan cara mencampurkan kedalam minuman. Malah boleh juga dijadikan ‘topping/dressing’ didalam salad mahupun digunakan didalam masakan. VCO boleh meningkatkan kadar metabolisme didalam badan.

3. Menyihatkan mata.
Dengan hanya 1-2 titis, VCO boleh menyegarkan mata yang lesu, mahupun mata yang kemerahan akibat kepenatan yang kebanyakan terjadi kepada pekerja pejabat yang banyak bekerja dengan komputer.

4. Kesihatan rambut
Perawatan dengan VCO adalah cara terbaik untuk menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan berkilau. Penggunaan gel rambut boleh menyebabkan kerosakan, menjadikan rambut menjadi kering dan kasar. VCO adalah cara yang terbaik untuk kesihatan rambut anda.

5. Hubungan suami isteri.
Pengambilan VCO dengan cara yang betul menjadikan badan sihat dan bertenaga. Badan yang sihat juga penentu kepada kekuatan dalaman bagi lelaki. Malah VCO juga sangat bagus digunakan untuk urutan luaran pada bahagian kelamin lelaki yang menjadikannya lebih kuat dan tahan lama.

Minyak kelapa dara sememangnya telah terbukti secara saintifik sepertimana beberapa petikan daripada pakar kesihatan dunia.

“ Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat antivirus, anti-bakteria, anti-kulat & anti parasit secara semulajadi yang boleh membantu mengawal pelbagai jenis penyakit” – Dr. Bruce Fife (Doctor Naturopati USA)

Minyak kelapa dara adalah minyak yang paling menyihatkan di dunia” – Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, MBBS Bcs ( Hons ) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinic Nutrition).

Oleh: Fatiha Remely

  • Add Your Comment