Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kulit Wajah

Wajah adalah bahagian anggota manusia yang paling ketara dilihat umum. Ia boleh menjadi salah satu daya tarikan atau sebaliknya. Tindak balas kulit sukar diramal dan mengelirukan, itulah semula jadi. Penjagaan kulit wajah perlukan menelitian yang tepat berdasarkan tindak balas semasa. Mengenali jenis kulit dengan lebih mendalam adalah langkah pertama untuk mulakan penjagaan kulit wajah. Dengan bantuan khasiat semula jadi daripada hasil tanaman dapat bantu penjagaan kulit wajah dengan lebih bekesan.

Bercerita tentang hasil tanaman, minyak kelapa dara adalah salah satu bahan semula jadi yang telah menjadi sinonim dalam penjagaan kesihatan dan awet muda di pelbagai negara sejak dahulu lagi. Minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat yang istimewa yang membuatkan bahan ini bertahan dan masih digunakan sehingga kini. Permintaan yang semakin tinggi menarik minat banyak penyelidik menjalankan kajian terhadap minyak kelapa dara.

Kajian-kajian ini sangat membantu khasiat dan keistimewaan tentang mintak kelapa dara lebih popular dan meluas. VCO boleh digunakan secara luaran atau dalaman untuk memberi faedah yang baik secara menyeluruh mengikut keperluan kesihatan tertentu. Tak asing lagi buat semua apabila nama bahan ini menjadi salah satu bahan yang dapat membantu mengekalkan kesihatan kulit wajah dengan baik.

Kulit Wajah

Kini kesedaran pengguna telah menjadikan minyak kelapa dara seiring dengan madu dan minyak zaitun yang menjadi bahan wajib dirumah sebagai suplemen. Khasiat VCO atau ‘Virgin Coconut Oil’ sangat meluas untuk seluruh badan terutamanya kulit wajah. VCO dapat membantu menjaga kulit supaya kekal lembut, halus dan anjal. Ia mempunyai bahan antioksida yang tinggi dan dapat membantu mengurangkan atau melambatkan kedutan kulit dan proses penuan.

VCO sering diperkatakan pada masa kini, bukan sahaja ianya terbukti membantu kesihatan tetapi kosnya juga lebih murah berbanding suplemen atau produk klinikal yang lain. Mengawal kebersihan kulit wajah adalah langkah asas dalam penjagaan kecantikkan. Minyak kelapa dara juga terkenal dengan anti-bakteria semulajadi yang boleh mengawal bakteria dan membantu mengurangkan potensi jerawat pada kulit wajah.

Tona tak sekata adalah masalah kulit wajah yang ketara dalam kalangan kita, kesedaran kita menggunakan pelindung matahari adalah punca masalah ini. VCO dapat membantu mengembalikan tona kulit secara semulajadi dan hanya dengan penggunaan pelindung matahari yang baik dan konsisten dapat membantu masalah ini tidak berulang. 

Dipendekkan cerita, minyak kelapa dara merupakan satu jenis makanan kesihatan yang sangat sesuai untuk semua peringkat umur baik untuk bayi sehinggalah kepada yang sudah berusia. Penggunaan minyak kelapa dara bukan sahaja dengan makan secara mentah semata-mata malah boleh digunakan di dalam masakan ataupun minuman.

Oleh: Fatihah Omar

  • Add Your Comment