Apa Itu VCO atau Virgin Coconut Oil

Apa Itu VCO atau Virgin Coconut Oil?

Virgin Coconut Oil(VCO) atau dalam bahsa melayunya dikenali sebagai minyak kelapa dara, mempunyai pelbagai kebaikan untuk kesihatan sejagat. Penyelidikan VCO bermula pada era 1930an lagi yang dilakukan oleh Dr. Weston A. Price merupakan seorang penyelidik, pakar pemakanan dan juga seorang doktor gigi dari Cleverland, Ohio.

Dalam penemuan ini , beliau mendapati penduduk Kepulauan Pasifik mempunyai taraf kesihatan yang sangat menakjubkan walaupun penduduk Kepulauan Pasifik sangat terdedah dengan sinaran ultraviolet matahari.

Ini telah dirumuskan oleh seorang penyelidik  Wabak Peyakit dari Hospital Wellington, New Zealand iaitu Dr. Ian. Beliau mendapati penduduk Pulau Puka Puka dan Tokelau di Lautan Pasifik Selatan mempunyai taraf kesihatan fizikal yang sangat baik dan tiada penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kanser. Ini disebabkan penduduk tersebut mengamalkan  pemakanan berasaskan kelapa sebagai diet harian mereka. vco

Segala persoalan dari DR. Weston A. Price dan Dr. Ian telah terjawab dengan penemuan yang penting oleh Profesor Dr. Jon J. Kabara pada tahun 1966. Dr. Jon J. merupakan seorang penyelidik dan pakar farmakologi di Universiti Michigan. Penemuan ini beliau mendapati VCO atau minyak kelapa dara yang terdapat dalam santan kelapa  adalah sejenis antivirus, bakteria, kulat dan parasit yang semula jadi yang kuat.

Kandungan VCO mempunyai lemak tepu yang terdiri 92% Asid Lemak Tepu Berantai Sederhana yang baik untuk kesihatan manusia. Lemak tepu ini sangat bagus unuk penghadaman dan perkumuhan manusia kerana mempunyai Asid Lemak Berantai Sederhana yang bekepatan yang tinggi dan mudah diserap oleh tubuh badan manusia.

Kelebihan yang didapati dari VCO adalah dapat meningkatkan dan membaiki pertahan badan serta membantu menghalang vital bakteria dan jangkitan fungal. VCO juga dapat meningkatkan kadar metabolism yang sangat sesuai untuk individu yang mempunyai kadar metabolism yang rendah. Antara kebaikan yang lain adalah melindungi kesan sinaran ultra violet cahaya matahai dan juga memberi kebaikan kesihatan kulit seperti melembab, melembut dan melicinkan kulit dan juga menggalakan pertumbuhan rambut yang sihat.

Jika anda mengamalkan  VCO dalam diet pemakanan harian anda. Maka anda dapat mengurangkan kesan risiko penyakit demam, demam campak, cacar air, batuk, selesema, resdung, lelah, jangkitan mata dan telinga, sakit gigi dan gusi, ulser mulut dan perut, sembelit dan buasir, stroke, kanser, kencing manis, atherosclerosis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Terdapat banyak khasiat dan kegunaan VCO untuk manusia. Jadi, adalah bagus jika VCO diamalkan dalam kehidupan seharian manusia di dunia ini.

Oleh:Hafizi Asyraf

  • Add Your Comment