Apa Itu Minyak Kelapa Dara dan Khasiatnya Pada Manusia

Apa Itu Minyak Kelapa Dara?

Ramai yang tidak tahu dengan isitilah minyak kelapa dara. Untuk pengetahuan pembaca, minyak kelapa dara merupakan minyak yang dikeluarkan dari kelapa yang sudah cukup matang. Menariknya, proses ekstrak mimyak dari kelapa tersebut menggunakan kaedah yang tidak mengurangkan khasiat semulajadi yang ada pada kelapa.

Proses ekstrak tersebut tidak menggunakan sebarang bahan kimia atau haba yang mampu mengurangkan khasiat minyak tersebut. Minyak kelapa dara juga dikenali sebaga Virgin Cocunat Oil (VCO). Minyak kelapa dara telah digunakan oleh nenek moyang kita memandangkan ia muda diperolehi dan tidak melihatkan bahan yang sukar – hanya kelapa yang cukup matang sahaja.

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Minyak kelapa dara mengandungi pelbagai khasiat dan memandangkan minyak kelapa dara merupakan makanan tradisional maka ia tidak mendatangkan sebarang kesan sampingan. Hidup pada zaman lambakan makanan tambahan dan ubat-ubatan yang diproses dengan pelbagai bentuk bahan kimia telah menimbulkan banyak kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Salah satu kajian yang popular dilakukan oleh Dr. Ian A. Prior pada tahun 1960-an. Dia merupakan seorang pakar jantung merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan Wabak Penyakit di Hospital Wellington, New Zealand, Dia telah melakukan penyelidikan di dua buah pulau iaitu Pulau Puka Puka dan Pulau Tokelau di Lautan Pasifik Selatan. Dr. Ian merumuskan penduduk setempat banyak memakan kelapa sebagai diet harian. Hasilnya, paras kolesterol mereka rendah, kesihatan fizikal baik dan tiada sebarang penyakit kronik seperti jantung atau kanser. Hal ini membuktikan kelapa kaya dengan zat dan khasiat.

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Di antara kelebihan minyak kelap dara adalah;

  • Membantu fungsi sistem daya tahan pada tubuh, melindungi tubuh daripada kanser payudara dan kanser rahim.
  • Berfungsi sebagai antioksidan dan mengurangkan radang kronik.
  • Melindungi tubuh dari radikal bebas yang meningkatkan tahap penuaan dan penyakit degeneratif.
  • Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan pembesaran prostate.
  • Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing.
  • Membantu mencegah sakit hati dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain.

Kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan luaran:

  • Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan metabolisma.
  • Dapat menghasilkan tenaga dengan segera.
  • Jika minyak kelapa dara disapu pada kulit ia akan membantu membentuk hambatan kimia pada kulit dan mengurangkan infeksi dan mencegah garis- garis halus.
  • Mengurangkan gejala psoriasis dan dermatitis.
  • Mampu melembut dan mengurangkan kekeringan kedutan pada kulit.
  • Memberi perlindungan daripada sinaran ultraviolet.

Sememangnya kulit kelapa dara memiliki pelbagai kelebihan dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Oleh: Rahman Imuda

  • Add Your Comment